Semua Bekas Pelajar KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran OUM ambilan Jun 2009dikehendaki mendaftar Di OUM Stulang Laut Johor Bharu pada 7 November 2009 jam 8 pagi
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mempelawa Pagawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk memohon mengikuti Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran.
Program ini dijalankan dalam tempoh selama 14 minggu secara mode sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 15 Jun 2009 hingga 18 September 2009.
Peserta yang lulus peperiksaan program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian.
No comments:
Post a Comment